Nadi Mahir Foto Minggu Keenam– Tips Fotografi, Elemen, Perspektif & Teknik Komposisi

22 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 21 OGOS 2026, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Pada minggu keenam Kursus NADI Mahir Foto (Intake 4) – Perkasa Komuniti, peserta telah mengikuti pembelajaran yang disampaikan oleh Puan Azfarina Sulaiman berkaitan teknik komposisi dan elemen penting dalam fotografi. Peserta didedahkan dengan tip penggunaan kamera telefon pintar seperti mengelakkan zoom digital dan penggunaan flash serta filter secara berlebihan. Selain itu, peserta turut mempelajari elemen fotografi seperti garis, bentuk, warna, tekstur dan ruang. Antara teknik komposisi yang diterangkan ialah Rule of Thirds, Leading Lines, Framing, Symmetry & Balance, Pattern dan Negative Space. Pembelajaran ini membantu peserta menghasilkan gambar yang lebih menarik, seimbang, kemas dan mampu menyampaikan cerita melalui visual dengan lebih berkesan.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali